Ketahuilah...

Islam Adalah CARA HIDUP yang syumul dan Indah

Tuesday, September 11, 2007

...Salam RAMADHAN... wahai Mukminin Mukminat

Cepatnye masa berlalu..pejam celik pejam celik, dh masuk bulan puase..tapi.. Syukur ke hadrat Ilahi, kite dipanjangkan umur, diberi kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia..bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan maghfirah...

Bulan Ramadhan ni, Allah bagi 'special offer' kat kite. Kite kena rebut tawaran tersebut dgn melipatgandakan amal ibadah selain berpuasa dengan amalan-amalan seperti bersolat tarawih, bertaddarus al-Quran, bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain...serta tinggalkan sifat2 mazmumah.

Pada bulan ni, kite berpuasa bkn hanye berlapar dn berdahaga sahaja...tapi segala pancaindera kite kena turut sama berpuasa, Bediuzzaman Said Nursi pernah berkata: "Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian."

Bila sentuh bab posa ni ..teringat aku zaman budak2 dulu..org tua selalu kata, puasa biar penuh sehari jgn puasa yam yuk je, bangun pagi buka periuk...sape tk puasa penuh tak leh raya..hihi..maklum la budak2 bukannye tahan lapar dahaga..pengalaman aku dulu, bila mandi penah aku telan air..sebabnya mana org tahu..haha.. tentunya masing2 ada pengalaman masa mula2 belajar puasa?..bolehla kita kongsi gamaknya...

ok la..Moga Ramadhan tahun ni menjadi ramadhan yang terbaik buat kite berbanding ramadhan yang lepas..dan juga harap2 kite akan diberi peluang lagi berjumpa dgn Ramadhan yang akan datang..Marhaban Yaa Ramadhan..
p/s. Cuba tengok gambar sebelah sape yang 'lari'???!!!




Wednesday, September 5, 2007

Pergi Tak Kembali...

Semalam 4 Sept. 2007, aku sampai dr kg aku kira2 jam 4.30 pg, dn aku terus ke opis aku, landing2 kejap. . aku turun bawah beli sarapan..tengoh2 sarapan kat bilik, aku dpt panggilan dari seorang rakan kerja aku..sebelum tu dia pesan kat aku supaya jangan terkejut...aku dh mula rasa pelik dan panik..katanya..

YEOP dah takde...antara percaya dan tidak, aku cuba gagahkan diri..terasa dunia ni berpinar2, lemah seluruh urat sarafku mendengar perkhabaran tu..rasa sedih tk terbendung lagi, airmataku mula bertakung...Ya Allah...Inalillahi....dariNya kita datang kepadaNya kita kembali

seorang Insan yang aku dh anggap mcm sedaraku..yg menjadi tempat aku menumpang kasih, tempat aku berkongsi suka duka, dia yg banyak mengajar, menasihati itu ini padaku..dia dh mcm darah dagingku, telah meninggalkan aku buat selama2nya dn tak akan kembali lagi...arwah teramat baik dgnku..manakan ku cari ganti..terasa mcm baru semalam aku bersua dn beramah mesra...tapi hr ni...

Buat..Allahyarham Muhammad Rozilah bin Ishak....budi luhurmu, jasa dan pengorbananmu akan kukenang dan tk mampu utk aku membalasnya.. arwah telah kembali ke rahmatullah akibat terlibat dg kemalangan jalanraya di highway Sungai Buluh sewaktu dlm perjalanan ke tempat keje di JAWI..dan meninggal di tempat kejadian..disemadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara pada petang tu..

Ya Allah, beratnya dugaan yg Kau berikan padaku. apakan daya aku..semua tu ketentuanMu..aku sempat menatap wajah arwah utk kali terakhir di Masjid Negara seusai solat jenazah..Al-Fatihah buat arwah, moga dicucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan para syuhada' dn muttaqin serta solihin di akhirat sana..

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkanku
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

..YA ALLAH, tak sempat utk kuserahkan baju melayu & kain pelikat arwah ayahandaku buatmu..dn menyampaikan pesanan bondaku..tapi..kau pergi jua....
Salam..dah banyak hari aku tk buka blog ni
dan catatkan sesuatu pada blog ni..
maklum la sibuk sangat dgn tugasan di opis aku..
dan jugak aku ambik kesempatan bercuti beberapa hari
jenguk bonda dan sanak saudara di kampung..
dh agak lama aku tak cuti...
tapi..dalam dok aku cuti, sikit rasa tertekan
dan kureng puashati sebab cuti aku cuba dipertikaikan..
nasib la ada rakan keje yang sudi back-up aku
dan *%` aku dapat terima alasan aku bercuti sebab apa..mujur la
takkan aku sengaja cuti tk tentu pasal..
insya Allah, aku tahu 'amanah' yang diletakkan dibahuku
apa2pun aku dh selamat cuti..horeyyy..
at least dptla aku lepaskan rindu pd bonda, anak2 buah aku yg cute2
dan sedara mara aku..

Sunday, August 26, 2007

jika AKU jatuh CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-MuYa Allah,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwahpada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal dijalan-Mu.

Petikan : Entah La Mana Dapat! by: Said Qutub

Friday, August 24, 2007

StrESSSSSS...


Aduh tensennya aaaaaaaaaaaku.. bengang betoi... mengada2..boleh bla la....itu la antara ungkapan2 yg biase kite dengar dn kadangkala kita sendiri lepaskan bila kita stress..
sape antara kite yg tk penah stress???!!...hari2 berdepan dgn keje, berdepan dgn rakan keje, dengan boss..dengan orang bawah, dengan orang atas, pasti stress..kecik besar...macam2 punca stress..mustahil kita tk penah stress. tapi camne kita tangani stress itu la yang penting..kali ni aku nk kongsi sikit tips dengan engkorang, aku petik dr keratan akhbar & aku modified...
Pertama...tarik atau sedut nafas beberapa kali supaya otot dalaman engkorang kecut dan rehat

Kedua..kira la dari satu sampai beberapa yg engkorang larat, tujuannya supaya engkorang lupa seketika apa yg engkorang stress..bila datang stress..kira balik

Ketiga..luahkan la perasaan kita dengan menangis ke ketawa ke ikut suka hati la atau dengan pelbagai cara yg engkorang suka... sepak meja ke kalu tk sakit..hihi..yg laki2, usah la menangis..buruk benar!

Ke 4..rehat la atau ikut cara ISLAM..ambik wudu' , solat, berzikir ..

Last sekali..ikut suka engkorang, camne gayanye nk buat nk hilangkan stress... Muhasabah apa yg patut dan bertindak ikut la kewarasan..

Tuesday, August 21, 2007

takkan MELAYU hiLANg Di DUNIa

Melayu dari kacamata Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani
jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung
luas maknanya:Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang 26 NOVEMBER 1999

Saturday, August 18, 2007

Jadi tanda tanya??

Salam, dh agak lama aku tak catat sesuatu pd blog aku..bukannya ape, sibuk sgt2 sejak 2 minggu ni dengan keje2 kat opis..makanpun tk brape sempat..berlambak2 kertas keje yg nk dibereskan, buku mesyuarat nk kena siapkan dan diedar, maklum la nk bermesyuarat besar, mesyuarat dgn Dato'2..mesyuarat yg akan memutuskan tentang isu besar..isu penetapan..

Syukur dan lega aku dh berstatus tetap..kira aku buat keje ni ikhlas tolong diaorg la..aiman tk kisah!

Dalam pd tu, kesian la kt kengkawan aku..jadi tanda tanya mereka..keluh kesah..ada yg panas #2!&%+ dibuatnye..ada yg dh stand by alternatif lain.. ada yg buat tk tau je, serah pd nasib..pendek kata macam2 la desas desus..sok sek sok sek diaorang, apa2pun..debaran mereka akan terjawab tk lama lg..aku diamanahkan 'jaga rahsia' hinggalah surat tawaran kluar.. deng deng deng.. suspen jgk dibuatnyer

Dalam situasi ini perlu diingat... kepada kengkawan satu opis aku, janganlah berprasangka buruk, tuduh menuduh, tempelak menemplak, singgung menyinggung dan sebagainya kepada pihak pengurusan dan atasan..mereka telah jalankan keje mereka dengan sebaik mungkin..mereka telah meletak sesuatu pd tempatnya...bukannya senang nk memuaskan hati semua orang, mana mungkin!!! apa yg penting..

tu aje la gambaran kat opis aku...buat masa ni..masih jd tanda tanya..syyyyyyyyyyyy

Tuesday, August 7, 2007

Limpahan Rahmat Ilahi


Aku amat bersyukur ke hadrat Ilahi..berkat kesabaran..tunjuk ajar member2 yg amat sporting..terhasilnye blog aku ini..mungkin tk seberapa! tapi aku cukup berpuashati..jika dulu aku tak tau apa2 pasal 'html code'..pasal grafik..nk masukkan lagu..atau apa saje pasal blog..kini aku dh boleh buat..aku bangga jugak dgn diri aku..bukan riak tau..at least, aku bleh ajar kengkawan lain yg berminat nk berblog2 nih..buat blog nih macam asas nk buat laman web la kot?! lepas2 nih, kalu ada masa aku akan teroka pulok camne nk buat laman web..mana tau satu hr nanti kot2 aku bleh jadi WEB MASTER....apa2pun...MALAYSIA BOLEH!!
p/s. Gambar sebelah tu takde kena mengenapun...

Friday, August 3, 2007

Renungkanlah...




Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Ali Imran (3) : 185]


Wahai saudaraku! Hidup kita di dunia hanyalah sementara dan pinjaman, setiap dr kita pasti mati...Kita akan hidup yang kekal abadi di akhirat sana.

Tapi perlu kita ingat..cukupkah amalan kita untuk menghadapi mati...Terlalu ngeri bila difikirkan..apakah nasib kita di sana.


Dengan sisa-sisa kesempatan yg ada..kita mesti rebut 5 peluang..sihat sebelum sakit...

Jika kita malas membuat ketaatan..bagaimana nasib kita

dan amalan apa yang mampu menyelamatkan kita dari siksaan neraka yang maha dasat?

Fikirkanlah sejenak...Semoga Allah sentiasa memberikan kita taufik dan Inayah.

Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam (berserah diri). [Ali Imran (3) : 102]

Dari Abi Abdurrahman bin Abdillah dari Umar bin Khathab (r.a): “Sesunguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum berada di kerongkongnya. (HR. al-Tirmidzi )

Thursday, August 2, 2007

Sawadekkap

Hari ni..aku cuba praktikkan apa saje yg aku blajar untuk dimuatkan di dalam blog aku...maklum la aku budak baru blajar...banyak benda aku tak tau..lagipun aku bukannya ada latar belakang IT.

Lagi satu..aku suka rujuk pada yang pakar..dan diaorang pulok jenis yang tk kedekut ilmu...senang jawabnyee...eee..syoknye

Monday, July 9, 2007

Salam Pengenalan

Salam perkenalan..daripada aku..

Fistly..aku nk ucap trima ksh pd member aku..cik w kerna ajar aku guna blogger