Ketahuilah...

Islam Adalah CARA HIDUP yang syumul dan Indah

Tuesday, September 11, 2007

...Salam RAMADHAN... wahai Mukminin Mukminat

Cepatnye masa berlalu..pejam celik pejam celik, dh masuk bulan puase..tapi.. Syukur ke hadrat Ilahi, kite dipanjangkan umur, diberi kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia..bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan maghfirah...

Bulan Ramadhan ni, Allah bagi 'special offer' kat kite. Kite kena rebut tawaran tersebut dgn melipatgandakan amal ibadah selain berpuasa dengan amalan-amalan seperti bersolat tarawih, bertaddarus al-Quran, bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain...serta tinggalkan sifat2 mazmumah.

Pada bulan ni, kite berpuasa bkn hanye berlapar dn berdahaga sahaja...tapi segala pancaindera kite kena turut sama berpuasa, Bediuzzaman Said Nursi pernah berkata: "Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian."

Bila sentuh bab posa ni ..teringat aku zaman budak2 dulu..org tua selalu kata, puasa biar penuh sehari jgn puasa yam yuk je, bangun pagi buka periuk...sape tk puasa penuh tak leh raya..hihi..maklum la budak2 bukannye tahan lapar dahaga..pengalaman aku dulu, bila mandi penah aku telan air..sebabnya mana org tahu..haha.. tentunya masing2 ada pengalaman masa mula2 belajar puasa?..bolehla kita kongsi gamaknya...

ok la..Moga Ramadhan tahun ni menjadi ramadhan yang terbaik buat kite berbanding ramadhan yang lepas..dan juga harap2 kite akan diberi peluang lagi berjumpa dgn Ramadhan yang akan datang..Marhaban Yaa Ramadhan..
p/s. Cuba tengok gambar sebelah sape yang 'lari'???!!!




Wednesday, September 5, 2007

Pergi Tak Kembali...

Semalam 4 Sept. 2007, aku sampai dr kg aku kira2 jam 4.30 pg, dn aku terus ke opis aku, landing2 kejap. . aku turun bawah beli sarapan..tengoh2 sarapan kat bilik, aku dpt panggilan dari seorang rakan kerja aku..sebelum tu dia pesan kat aku supaya jangan terkejut...aku dh mula rasa pelik dan panik..katanya..

YEOP dah takde...antara percaya dan tidak, aku cuba gagahkan diri..terasa dunia ni berpinar2, lemah seluruh urat sarafku mendengar perkhabaran tu..rasa sedih tk terbendung lagi, airmataku mula bertakung...Ya Allah...Inalillahi....dariNya kita datang kepadaNya kita kembali

seorang Insan yang aku dh anggap mcm sedaraku..yg menjadi tempat aku menumpang kasih, tempat aku berkongsi suka duka, dia yg banyak mengajar, menasihati itu ini padaku..dia dh mcm darah dagingku, telah meninggalkan aku buat selama2nya dn tak akan kembali lagi...arwah teramat baik dgnku..manakan ku cari ganti..terasa mcm baru semalam aku bersua dn beramah mesra...tapi hr ni...

Buat..Allahyarham Muhammad Rozilah bin Ishak....budi luhurmu, jasa dan pengorbananmu akan kukenang dan tk mampu utk aku membalasnya.. arwah telah kembali ke rahmatullah akibat terlibat dg kemalangan jalanraya di highway Sungai Buluh sewaktu dlm perjalanan ke tempat keje di JAWI..dan meninggal di tempat kejadian..disemadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara pada petang tu..

Ya Allah, beratnya dugaan yg Kau berikan padaku. apakan daya aku..semua tu ketentuanMu..aku sempat menatap wajah arwah utk kali terakhir di Masjid Negara seusai solat jenazah..Al-Fatihah buat arwah, moga dicucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan para syuhada' dn muttaqin serta solihin di akhirat sana..

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkanku
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

..YA ALLAH, tak sempat utk kuserahkan baju melayu & kain pelikat arwah ayahandaku buatmu..dn menyampaikan pesanan bondaku..tapi..kau pergi jua....
Salam..dah banyak hari aku tk buka blog ni
dan catatkan sesuatu pada blog ni..
maklum la sibuk sangat dgn tugasan di opis aku..
dan jugak aku ambik kesempatan bercuti beberapa hari
jenguk bonda dan sanak saudara di kampung..
dh agak lama aku tak cuti...
tapi..dalam dok aku cuti, sikit rasa tertekan
dan kureng puashati sebab cuti aku cuba dipertikaikan..
nasib la ada rakan keje yang sudi back-up aku
dan *%` aku dapat terima alasan aku bercuti sebab apa..mujur la
takkan aku sengaja cuti tk tentu pasal..
insya Allah, aku tahu 'amanah' yang diletakkan dibahuku
apa2pun aku dh selamat cuti..horeyyy..
at least dptla aku lepaskan rindu pd bonda, anak2 buah aku yg cute2
dan sedara mara aku..

Sunday, August 26, 2007

jika AKU jatuh CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-MuYa Allah,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwahpada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal dijalan-Mu.

Petikan : Entah La Mana Dapat! by: Said Qutub

Friday, August 24, 2007

StrESSSSSS...


Aduh tensennya aaaaaaaaaaaku.. bengang betoi... mengada2..boleh bla la....itu la antara ungkapan2 yg biase kite dengar dn kadangkala kita sendiri lepaskan bila kita stress..
sape antara kite yg tk penah stress???!!...hari2 berdepan dgn keje, berdepan dgn rakan keje, dengan boss..dengan orang bawah, dengan orang atas, pasti stress..kecik besar...macam2 punca stress..mustahil kita tk penah stress. tapi camne kita tangani stress itu la yang penting..kali ni aku nk kongsi sikit tips dengan engkorang, aku petik dr keratan akhbar & aku modified...
Pertama...tarik atau sedut nafas beberapa kali supaya otot dalaman engkorang kecut dan rehat

Kedua..kira la dari satu sampai beberapa yg engkorang larat, tujuannya supaya engkorang lupa seketika apa yg engkorang stress..bila datang stress..kira balik

Ketiga..luahkan la perasaan kita dengan menangis ke ketawa ke ikut suka hati la atau dengan pelbagai cara yg engkorang suka... sepak meja ke kalu tk sakit..hihi..yg laki2, usah la menangis..buruk benar!

Ke 4..rehat la atau ikut cara ISLAM..ambik wudu' , solat, berzikir ..

Last sekali..ikut suka engkorang, camne gayanye nk buat nk hilangkan stress... Muhasabah apa yg patut dan bertindak ikut la kewarasan..